1. Pendaftaran Portal I-Staf
 
1. Klik “Pendaftaran”
2. Klik "Setuju" pada polisi pendaftaran penggunaan Portal I-Staf.
3. Masukkan No Pekerja & No KP dan klik butang ”Semak”
4. Isikan maklumat yang diperlukan dan kemudian klik “Hantar”.
5. Seterusnya anda telah berjaya mendaftar jika keluar pernyataan "Anda Log     Sebagai <No Pekerja>" dalam skrin utama Portal I-Staf
 
2. Jika terlupa kata laluan Portal I-Staf, apa yang perlu dibuat ?
 
1. Klik pada "Lupa Kata Laluan".
2. Anda dikehendaki memasukkan No Pekerja & No KP
3. Klik butang "Semak".
4. Kemudian berikan jawapan klu yang sah
5. Jika jawapan anda betul, anda akan menerima emel besertakan Login & Kata      Laluan. ( Mengikut emel 'Kiosk Peribadi' )
6. Jika jawapan masih salah, anda diberi pilihan menghubungi pentadbir sistem     melalui emel dan pastikan no pekerja anda turut disertakan
7. Sekiranya masih terdapat masalah, sila emel kepada     adminportalstaf@uitm.edu.my atau hubungi samb. 2557

 
3. Bagaimana untuk saya menukar kata laluan atau klu?

1. Masukkan Login & Kata Laluan Portal I-Staf untuk pendaftaran
2. Klik "Kemaskini Kata Laluan" (di sebelah butang Login).
3. Masukkan Login & Kata Laluan semula sebagai pengesahan.
4. Kemaskini data yang ingin diubah dan kemudian klik "Hantar".

 
4. Jika maklumat dalam Kiosk Peribadi ada kesilapan atau untuk dibuat     penambahan, bagaimana hendak dikemaskini ?

Maklumat berkaitan alamat emel, surat menyurat, nombor telefon pejabat, alamat rumah, nombor telefon rumah & bimbit sahaja yang dibenarkan dikemaskini oleh pengguna masing-masing. Manakala maklumat lain perlu berhubung dengan Pejabat Pentadbiran Kampus Cawangan masing-masing atau Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar untuk mengemaskini maklumat ini dengan membawa dokumen berkaitan.
 
5. Bolehkah saya mengakses Aplikasi Atas Talian dari rumah ?

Tidak boleh, kerana ianya secara intranet sahaja atas sebab-sebab keselamatan maklumat. Oleh itu perlu berada dalam lokasi kampus UiTM jika hendak mengaksesnya
 
6. Kenapa saya tidak boleh mengakses Sistem Sokongan Portal I-Staf ?

Sistem Sokongan tersebut hanya terhad kepada pengguna yang dibenarkan oleh pihak Pendaftar.

 
7. Bagaimana saya hendak memasukkan sesuatu pengumuman atau     pemberitahuan dalam Portal I-Staf ?

Sila berhubung dengan pentadbir sistem Portal I-Staf melalui emel: adminportalstaf@uitm.edu.my dengan menyatakan tujuan tersebut.
 
8. Apakah fungsi Portal I-Staf ?

Di antara fungsi Portal I-Staf adalah untuk mengetahui pengumuman terkini, mengakses aplikasi atas talian, mengakses sistem sokongan (untuk staf yang dibenarkan oleh Pejabat Pendaftar sahaja), muat turun borang, capaian kepada emel rasmi UiTM, pautan pada kelab / persatuan staf-staf UiTM, pautan pada laman-laman web yang lain serta kalendar untuk mengetahui aktiviti-aktiviti harian.